Oleh Asrol Awang
Kuantan: Prestasi cemerlang
terutama dalam saingan Piala Malaysia membuktikan Mohd Khairul Azhan Mohd
Khalid (gambar) mampu memikul tanggungjawab penjaga gol utama Pahang bagi
saingan Liga Malaysia musim depan.
Pada masa sama, Khairul Azhan
yang lebih mesra dengan panggilan Yan hanya perlu bersaing dengan penjaga gol
berpengalaman Mohd Nasril Nourdin manakala Pahang pula menyenaraikan Muhammad
Saufi Mohamad sebagai penjaga gol ketiga.
Sudah pasti saingan kini
dilihat antara Khairul Azhan dan Nasril sebagai benteng terakhir yang mengawal
gawang daripada dibolosi lawan.
Namun, penjaga gol berusia 24
tahun itu tidak mahu kejayaan membantu skuad itu muncul juara Piala Malaysia
musim ini melekakannya.
Sebaliknya, dia mahu memastikan
pengalaman beraksi di pentas final piala berprestij itu mematangkannya sekali
gus menjadi penjaga gol yang disegani pada masa depan.
“Oleh itu saya harap prestasi
lebih baik terutama mengekalkan posisi selaku penjaga utama Pahang musim 2014
walaupun kedudukan itu masih belum terjamin.
“Saya percaya dengan sokongan
dan bimbingan jurulatih, komitmen lebih tinggi dalam memastikan kejayaan buat
skuad Tok Gajah,” katanya semalam.
Pada awal musim ini, Khairul
Azhan tidak sangka mendapat kepercayaan daripada jurulatih Dollah Salleh untuk
mengawal gawang kerana diletakkan sebagai penjaga gol ketiga.
Namun, kepercayaan yang
diberikan Dollah ternyata memberi semangat baru untuk mempamerkan aksi terbaik
dan ia berhasil apabila disenaraikan dalam kesebelasan utama termasuk beraksi
di pentas final Piala Malaysia.
Seharusnya Khairul Azhan
berterima kasih kepada jurulatih penjaga gol yang juga bekas penjaga gol
kebangsaan, Muadzar Mohamad yang membantu meningkatkan prestasinya sepanjang
musim ini.
Mymetro :
2013/12/28
No comments:
Post a Comment