Ad

Monday 30 December 2013

KEMASUKAN KE MRSM 2014

ROHAYAH MOHD. ZAIN,
Pengarah, Bahagian Komunikasi Korporat,
b.p Ketua Pengarah Mara
DENGAN segala hormatnya kami merujuk kepada aduan SMS daripada Bapa Pelajar Kecewa yang disiarkan melalui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Merujuk aduan tersebut, Bapa Pelajar Kecewa melahirkan rasa kecewa kerana Mara tidak membantu pelajar Melayu yang mendapat keputusan 4A, 1B memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Untuk makluman, Mara memberi keutamaan kepada pelajar yag memperoleh 5A dalam UPSR 2013 bagi kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara tingkatan satu.

Seramai 23,000 permohonan telah diterima untuk kemasukan ke tingkatan 1 tahun 2014 manakala tempat yang ditawarkan ialah sebanyak 7,000.

Pada tahun 2013, pelajar yang berjaya mendapat 5A seluruh negara ialah 42,646 orang.

Walau bagaimanapun, Mara memberi peluang kepada pelajar Melayu di bawah paras kemiskinan yang mendapat keputusan UPSR sekurang-kurangnya 3A 2B (A bagi Sains dan Matematik) untuk memohon.

Kelonggaran syarat ini juga ditawarkan kepada pemohon dari Sabah dan Sarawak.

SUMBER RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20131225/fo_06/Mara-jawab-aduan-Bapa-Pelajar-Kecewa#ixzz2oxWJy8HE © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment