Sien benam juara
bertahan, temu Li Lian tentukan juara
PEMAIN perseorangan wanita
Lim Chiew Sien ketika menentang Tee Jing Yi pada Kejohanan Badminton Maybank
Sirkit Kebangsaan 2013 peringkat Separuh Akhir di Kompleks Kejiranan Presint
11, Putrajaya semalam. - Foto BERNAMA
Putrajaya: Saingan separuh
akhir Grand Prix (GP) Akhir Kebangsaan menyaksikan kejutan dalam acara
perseorangan wanita apabila juara bertahan, Tee Jing Yi tewas kepada Lim Chiew
Sien dalam permainan tiga set, 21-12, 19-21, 21-13, semalam.
Walaupun turun selaku
pilihan utama, status Jing Yi tidak menghadirkan gerun buat lawannya sepanjang
perlawanan yang berlangsung selama 39 minit itu untuk Shiew Sien menang 21-12
di set pertama.
Set kedua menyaksikan
perlawanan lebih sengit dengan aksi saling mengejar mata ditonjolkan kedua-dua
pemain sebelum Jing Yi menang 21-19 untuk mengheret ke aksi penentuan.
Tidak tertekan
“Saya memotivasikan diri
untuk cuba melakukan kejutan namun tidak mahu terlalu meletakkan harapan kerana
tidak mahu berasa tertekan. Jing Yi adalah senior saya dan saya hanya cuba yang
termampu.
“Jadi kemenangan ini
adalah bonus buat saya. Mungkin Jing Yi lebih tertekan dan saya gunakan
kesempatan itu, namun saya tidak mahu terlalu yakin pada aksi final dan
menganggap setiap lawan adalah sukar,” katanya ketika ditemui.
Dalam satu lagi aksi
separuh akhir turut menyaksikan pemenang ditentukan dalam perlawanan tiga set
sebelum Yang Li Lian berjaya mengalahkan Lim Yin Fun, 20-22, 21-9, 21-16.
RUJUKAN: BERITA HARIAN ONLINE 30.12.13
No comments:
Post a Comment