WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Disember 2013
Ayam mata satu Anak ayam
bermata satu milik Mohd Nord
BACHOK – Seorang penggemar
ayam serama terkejut apabila mendapati anak ayam serama miliknya menetas dengan
hanya memiliki sebelah mata.
Mohd Nordin Mohd Noor, 43,
berkata, kejadian itu disedarinya selepas ia menetas beberapa bulan lalu.
“Ini kali pertama saya
jumpa sendiri ayam bermata satu. Saya letakkan ayam tersebut bersama anak ayam
serama lain dan tiada penjagaan istimewa untuknya.
“Ia juga anak ayam yang
paling manja dan sentiasa sihat. Bila saya buka sangkar, anak ayam mata satu
ini paling cepat keluar mendekati saya, ” katanya yang menggemari hobi membela
ayam tersebut sejak 35 tahun lalu.
Menurutnya, bermula dengan
hobi, dia kemudiannya membela ayam serama secara komersial sejak 2010.
"Membela ayam serama
memerlukan modal yang besar sehingga mencecah RM40,000.
“Ini antara faktor harga
ayam serama mahal dan boleh mencecah hingga RM5,000 seekor dan paling murah
sekitar RM100 seekor. Ia dikelaskan kepada beberapa kategori tertentu seperti
serama anak (A dan B), serama muda (A dan B) dan serama induk (betina),"
katanya.
Mohd Nordin berkata,
permintaan terhadap ayam serama semakin meningkat terutama dari Indonesia
kerana mereka mulai obses terhadap haiwan tersebut sejak akhir- akhir ini.
"Saya ada terima
tempahan peminat ayam serama dari luar negara termasuk Indonesia dan Thailand.
Ada juga dari Arab Saudi dan Amerika tetapi sebahagiannya tak dapat dipenuhi
berikutan masalah penghantaran,” katanya.
SINAR HARIAN ONLINE
30.12.13
No comments:
Post a Comment