Chinlone sumbang pingat pertama
NAYPYITAW - Kontinjen chinlone memastikan Malaysia tidak menunggu terlalu lama untuk meraih pingat sulung pada Sukan SEA Myanmar ke-27 apabila mengaut dua pingat gangsa dalam acara darjah kesukaran Tahap Ketiga lelaki dan wanita di Stadium Tertutup Wunna Theikdi pada hari pertama, semalam.
Walaupun sekadar meraih di tempat keempat secara keseluruhan melalui pungutan 246 mata dan sekadar mengatasi Singapura, skuad negara tetap diberikan pingat gangsa secara bersama dengan Laos yang menduduki tangga ketiga selepas meraih 344 mata.
Begitu juga pasukan wanita biarpun berada di tempat terakhir di kalangan empat pasukan, mereka tetap menerima pingat gangsa bersama dengan Kemboja yang berada di tangga ketiga.
Myanmar seperti dijangka menyapu bersih kedua-dua pingat emas dalam acara lelaki dan wanita apabila mudah mengetepikan cabaran Thailand dalam perlawanan akhir sekali gus menjadi negara pertama memenangi pingat emas Sukan SEA kali ke-27.
Pasukan chinlone lelaki Myanmar mudah meratah Thailand dengan memungut 660 mata sementara Thailand sekadar mendapat 404 mata manakala dalam acara wanita, Myanmar mendapat 534 mata dan Thailand, 375 mata.
Kejayaan meraih dua pingat gangsa itu tetap memuaskan hati jurulatih, Nurudin Pawi, memandangkan tempoh persiapan yang singkat berbanding negara-negara pencabar lain serta penggunaan atlet sepak takraw bagi membawa nama negara dalam acara chinlone.
Secara keseluruhan, kita hanya sempat berlatih dua minggu bersama jurulatih dari Myanmar dan secara keseluruhan sebanyak dua bulan, itu pun terganggu dengan kejohanan ISTAF Super Series dan Terbuka Korea, selepas itu barulah mereka boleh berkumpul bersama.
Namun pada hari ini, persembahan pasukan lelaki terutamanya begitu baik kerana pada kebiasaannya mereka hanya membuat catatan 40 hingga 50 mata bagi satu set tetapi kali ini mereka mampu melakukan pungutan sehingga 70 ke 80 mata.
Kita akan cuba memastikan pemburuan pingat akan berterusan pada acara Tahap 2 yang berlangsung esok (hari ini) dan kemudian pada acara Tahap 1, saya mensasarkan pingat perak, " katanya ketika ditemui oleh pemberita, semalam.
Bagi pemain negara, Mohd. Azlan Alias, dia cukup berbesar hati kerana dapat menjadi penyumbang pingat pertama negara di Sukan SEA.
Memang sasaran kami mahu mendapatkan gangsa dan ia berjaya selepas kami mengatasi Singapura.
Berbanding lawan yang mempunyai persiapan jauh lebih rapi, saya fikir apa yang kami pamerkan hari ini begitu baik dan pingat gangsa ini benar-benar buatkan saya puas," katanya.
Keseluruhan pemain chinlone diambil daripada pasukan Elit B Sepak Takraw yang tidak terpilih membawa cabaran negara ke Sukan SEA Myanmar.
Chinlone akan menawarkan dua
RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131205/su_02/Chinlone-sumbang-pingat-pertama#ixzz2mYcagbl6
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment