WARTAWAN SINAR HARIAN
13 Julai 2014
Pasukan Jerman menjalani
latihan sebagai persiapan menentang Argentina dalam perlawanan akhir di
Maracana, awal pagi esok. Pasukan Jerman menjalani latihan sebagai persiapan
menentang Argentina dalam perlawanan akhir di Maracana, awal pagi esok.
PENGURUS pasukan Jerman, Oliver
Bierhoff mengingatkan anak buah Joachim Loew agar tidak memandang mudah
pertemuan final menentang Argentina di Maracana, awal pagi esok.
Menurut Bierhoff, Argentina
terbukti memiliki benteng pertahanan yang sukar ditembusi sepanjang kejohanan
Piala Dunia berlangsung.
Justeru katanya, pemain Jerman
perlu berusaha dua kali ganda kerana pertemuan kali ini tidak sama seperti
perlawanan menentang Brazil, di mana skuad Die Mannschaft melakar kemenangan
besar 7-1, Rabu lalu.
Untuk rekod, Argentina sekadar
bolos tiga gol daripada enam perlawanan yang dilalui, manakala Jerman bolos
empat kali.
"Perlawanan ini berbeza
sama sekali dengan apa yang kami lalui di separuh akhir (Brazil). Ia pasti
bukan tugas mudah.
"Argentina bertahan dengan
baik dan akan menghukum pasukan lawan menerusi serangan kilat yang dijana
Lionel Messi.
"Mereka juga gemar bermain
menggunakan sentuhan fizikal dan agresif setiap kali mendapat bola.
"Jadi, kami tidak boleh
terperangkap dengan tempo permainan mereka, sebaliknya tampil dengan gaya
sendiri selain menutup ruang yang mereka boleh manfaatkan," kata Bierhoff.
Dalam pada itu, Bierhoff
percaya pemain Jerman tidak terbawa-bawa dengan kekalahan pada aksi final edisi
2006 di laman sendiri.
"Hanya Miroslav Klose yang
masih bersama pasukan kebangsaan, jadi saya anggap ia bukan masalah
besar," katanya.SUMBER- SINAR HARIAN ONLINE 13.7.14
No comments:
Post a Comment