Rio de Janeiro (Brazil):
Jaringan tunggal Mario Gotze di masa tambahan bawa Jerman muncul juara piala
dunia edisi ke-20 selepas menumpaskan Argentina, di Stadium Maracana, awal pagi
ini.
Jerman memperoleh gol emas pada
minit ke-113, apabila Gotze mendada bola selepas menerima hantaran silang
daripada Schurrle sebelum menguis masuk dan menumpaskan Romero.
Argentina beraksi di final
selepas kali terakhir melakukannya pada 1990, ketika mereka tewas 1-0 di tangan
Jerman Barat manakala Jerman kali terakhir pada final 2002, tumpas di tangan
Brazil 2-0.
Jerman memulakan babak pertama
masa tambahan dengan baik apabila Schurrle berjaya melepasi benteng Argentina
dan melakukan tolakan tetapi ditampan Romero.
Argentina pula meletakkan
Palacio - masuk menggantikan Higuane - sebagai penyerang utama dan dibantu
Messi dan Aguero.
Babak kedua menyaksikan
penyerang Jerman, Schuerrle, memperoleh peluang terbaik buat pasukannya pada
minit ke-37 tertapi ditampan kemas Sergio Romero.
Argentina nampak lebih
berbahaya pada 45 minit pertama dan penyerang, Gonzalo Higuain adalah
antaranya.
Penyerang Napoli itu gagal
memanfaatkan peluang untuk meletakan Argentina di depan pada minit ke-21
apabila rembatannya tersasar jauh dari gawang Jerman walaupun hanya berdepan
Neuer.
Jerman dan Argentina menurunkan
kesebelasan utama tanpa melakukan sebarang pertukaran - barisan yang diturunkan
pada pertembungan separuh akhir - dengan
Angel di Maria di bangku pemain
simpanan.
Di Maria tidak beraksi selepas
mengalami kecederaan paha ketika Argentina menumpaskan Belgium 1-0, padsa
perlawanan suku akhir.
Pemain tengah Benfica, Enzo
Perez akan menggantikan Di Maria dan beraksi bersama Javier Mascherano dan
Lucas Biglia.
Jurulatih Argentina, Alejandro
Sabella nampaknya terus memberi kepercayaan kepada barisan depan yang sama
diketuai Lionel Messi yang diapit Gonzalo Higuain dan Ezequiel Lavezzi.
Jurulatih Jerman, Joachim Loew
pula masih menamakan kesebelasan utama ketika memalulam Brazil 7-1 di separuh
akhir.
JERMAN: Manuel Neuer, Philipp
Lahm, Jerome Boateng, Mats Hummels, Benedikt Hoewedes, Bastian Schweinsteiger,
Christoph Kramer (Andre Schuerrle), Thomas Mueller, Toni Kroos, Mesut Ozil,
Miroslav Klose.
ARGENTINA: Sergio Romero, Pablo
Zabaleta, Martin Demichelis, Ezequiel Garay, Marcos Rojo, Lucas Biglia, Javier
Mascherano, Enzo Perez, Gonzalo Higuain (Palacio), Lionel Messi, Ezequiel Lavezzi (Sergio Aguero).
PENGADIL: Nicola Rizzoli
(Itali)
SUMBER- MY METRO ONLINE 14.7.14
No comments:
Post a Comment