AHAD, 6 DISEMBER 2015 @ 11:12
PM
Kedah tempah tiket ke akhir
Piala Malaysia
Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor
dan Bashah Zainol Abidin bhsukan@bh.com.my
PENYERANG Kedah, Chili Edeh cuba melepasi
pertahanan FELDA United dalam saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia di
Stadium Darul Aman, malam ini. - Foto Shahrizal Md Noor ALOR SETAR: Kedah
semakin hampir mencipta sejarah membawa pulang kembali Piala Malaysia ke negeri
itu apabila mara ke final selepas mengenepikan cabaran FELDA United di separuh
akhir dengan agregat 4-3, sebentar tadi.
Kemenangan 2-1 pada aksi
separuh akhir kedua di Stadium Darul Aman mengesahkan kemaraan Kedah selepas
terikat 2-2 pada separuh akhir pertama di Selayang, Rabu lalu dengan kali
terakhir skuad dari utara itu muncul juara pada 2008 selepas menewaskan
Selangor 3-2 di final. Bagi FELDA United, keputusan itu meleburkan impian
mereka untuk layak buat kali pertama ke pentas akhir piala paling berprestij
itu.
FELDA United bagaimanapun
terlebih dulu membuka tirai jaringan menerusi Ahmad Syamim Yahya pada minit
ke-40 selepas pemain itu membuat larian solo sebelum merembat masuk gol pertama
pelawat. Kegembiraan anak didik Irfan Bakti tidak bertahan lama apabila Chidi
Edeh menyamakan kedudukan empat minit kemudian selepas menyudahkan hantaran
lintang Baddrol Bakhtiar. Bersambung babak kedua, Kedah hanya memerlukan lima
minit untuk berada di depan selepas sepakan percuma Sandro Da Silva pada minit
ke-51 gagal diselamatkan penjaga gol, Faizal Harun.
Sumber :
http://www.bharian.com.my/node/102749
No comments:
Post a Comment