SUKAN AHAD, 6 DISEMBER 2015 @
11:16 PM
Gergasi Merah mahu selesai Misi
33
Oleh Syed Riduan Ahmad dan
Syafiq Aznan bhsukan@bh.com.my PEMAIN Selangor, Guilherme De Paula meraikan gol
pada minit ke-10 pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Pahang
di Stadium Shah Alam, malam ini. - Foto Hasriyasyah Sabudin SHAH ALAM: Misi 33
Selangor semakin menjadi kenyataan apabila skuad kendalian Mehmet Durakovic
melangkah ke final Piala Malaysia selepas menewaskan Pahang 2-0 di Stadium Shah
Alam, sebentar tadi. Selepas seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama di
Stadium Darul Makmur, Kuantan sebelum ini, Selangor bangkit lebih garang untuk
memastikan misi memburu kejuaraan ke-33 tidak lagi terbantut.
Pahang yang menguasai
sebahagian besar babak pertama perlawanan terpaksa akur dengan rembatan padu
Guilherme De Paula, yang meletakkan Selangor di depan pada minit ke-10.
Selangor menambah jaringan pada minit ke-54 menerusi Nazmi Faiz Mansor, yang
memulakan gerakan ke arah kubu Pahang sebelum dijatuhkan tetapi kembali
mendapat bola dan disudahkan dengan sempurna.
Menjelang 10 minit terakhir
permainan, Selangor yang selesa dengan dua gol di depan terus menggandakan
asakan, manakala Pahang seakan hilang punca untuk menembusi benteng tuan rumah
yang cukup berdisiplin.
Sumber:
http://www.bharian.com.my/node/102751
No comments:
Post a Comment