Nur Saliawati Salberi
nursaliawati@mediaprima.com.my
Melaka: Seekor buaya tembaga
sepanjang lebih satu meter ditemui muncul di bawah jambatan berhampiran
Empangan Pasang Surut Klebang, di sini, tadi.
Kehadiran buaya berkenaan
disedari oleh seorang penduduk kira-kira jam 12.30 tengah hari yang kebetulan
berada di kawasan itu.
Buaya itu dikatakan naik keatas
batu dibawah jambatan berkenaan sebelum masuk semula ke dalam air apabila orang
ramai mula berkumpul di situ.
Sementara itu, Pengarah Jabatan
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Noorzakiah Hanum Mohd
Noh berkata, kawasan berkenaan dan berhampirannya adalah habitat reptilia berkenaan
selain pihaknya juga ada memasang papan tanda di kawasan itu.
Katanya, faktor cuaca yang
panas masa ini menyebabkan buaya itu naik ke atas untuk berjemur sebelum
menghilangkan diri.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Jumaat, 22 April 2016 @ 6:57 PM
No comments:
Post a Comment