HM Digital
Kuala Lumpur: Bekas penjaga gol
Selangor dan skuad Olimpik 2000, Jamsari Sabian meminta semua pihak supaya
tidak terus menghukum Haziq Nadzli atas kesilapannya menghadiahkan kemenangan
0-1 kepada Thailand pada aksi final Sukan SEA, Selasa lalu.
Menurutnya, cemuhan dilontarkan
segelintir peminat kepada penjaga gol muda itu boleh ‘membunuh’ semangat Haziq
yang ketika ini amat memerlukan sokongan semua pihak.
“Sebagai bekas pemain, saya
faham benar apa yang dirasai Haziq. Ramai penyokong akan bercakap mengenai
kesilapannya itu, ada yang bercakap dari sudut positif dan juga negatif.
“Apapun Haziq kena kuat dan
tabah menerima semua itu. Memang pahit tapi apa boleh buat.
“Cuma saya harap jangan kita
(penyokong) menghentam dia hingga menjatuhkan semangatnya. Dia muda lagi,
mungkin kesilapannya itu akan mematangkan lagi persembahannya selepas ini.
“Lebih baik kita bagi dia
semangat untuk jadi lebih baik dan terus berjaya mengekalkan posisinya selaku
penjaga gol kebangsaan,” katanya yang pernah merasai nikmat menjuarai Piala
Malaysia bersama Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) pada musim 2003.
Jelasnya, kesilapan Haziq, 20,
yang tertumbuk bola ke gawang sendiri ketika sepakan sudut boleh terjadi kepada
mana-mana pemain.
“Bermain dalam perlawanan akhir
suasananya berbeza dengan aksi biasa. Saya pernah main dalam tiga final Piala
Malaysia pada 2003, 2005 dan 2007.
“Ketika itu final berlangsung
di Stadium Nasional Bukit Jalil yang boleh memuatkan hampir 100,000 penyokong.
Tekanan sudah pastinya dirasai dengan penyokong mengharapkan kemenangan.
“Tak ada pemain ingin buat
kesalahan, tapi dalam aksi final segala-galanya boleh berlaku.
“Justeru, Haziq juga tidak
terkecuali apabila bacaannya untuk menumbuk keluar bola sepakan sudut pemain
Thailand itu tidak tepat. Saya harap dia belajar sesuatu dari kesilapan itu,”
katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Sabtu, 2 September 2017 @ 3:00 AM
No comments:
Post a Comment