Oleh SUFIAN HADI MOHD.
SOJAK
sukan@utusan.com.my
K. Reuben
KUALA LUMPUR - Kemenangan
bergaya Harimau Muda 3-1 ke atas kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu
menyemarakkan keinginan pertahanan Harimau Muda, K. Reuben untuk menjadi
jentera 'kereta kebal' Malaysia.
Tonggak pertahanan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu berkata, dia tidak akan mempersia-siakan
kepercayaan yang diberi oleh pengendali Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee.
Misinya adalah cuba
membantu Harimau Muda memenuhi misi memburu kejuaraan hatrik Sukan SEA.
Biarpun pertama kali
berada di pentas sukan dwi-tahunan itu, namun Reuben tidak berasa janggal,
malah mengakui semangatnya untuk mempamer aksi semakin membara.
"Latihan, perlawanan
dan motivasi yang diberikan menjadikan saya sudah bersedia serta dapat membina
keserasian bersama pemain lain. Sekarang kami semua ibarat satu keluarga sudah.
"Saya tidak berasa
gemuruh, mungkin sebab berbekalkan pengalaman sedia ada di mana saya pernah
bermain bersama Malaysia pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) Ke-27, Piala
SCTV 2012 dan Pestabola Merdeka 2013.
"Walaupun pertama
kali mewakili negara di Sukan SEA, pengalaman baharu ini dapat membina
kemahiran serta keyakinan dalam diri saya.
"Saya akan pastikan
benteng pertahanan kami kukuh dan tidak mahu dibolosi.
"Selain menjaga
benteng, saya juga akan membuat banyak larian ke hadapan dengan cuba membantu
jentera serangan, terutama dalam melakukan hantaran-hantaran lintang,"
katanya, semalam.
Aksi pemain kelahiran
Kajang itu memikat hati Kim Swee apabila memainkan peranan dengan baik dalam
mengekang serangan lawan ketika menentang FC Ryuku, Rabu lalu.
Kini, Reuben, 23, telah
bersedia mengasah 'senjata' sekali gus mahu meneruskan rentak cemerlangnya
menentang pasukan yang bakal memberi tentangan sengit kepada skuad Harimau
Muda.
"Cabaran negara lain
seperti Thailand, Indonesia dan Singapura, pemain mereka mempunyai kualiti dan
taktikal yang sukar dibaca.
"Jadi, saya akan
membuat yang terbaik dan selebihnya, terserah kepada Tuhan.
"Para pemain sekarang
tengah bersemangat. Kami akan membuat yang terbaik dan mengerah 100 peratus
tenaga demi maruah bola sepak negara," katanya.
RUJUKAN:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131207/su_02/Reuben-sedia-jadi-kereta-kebal#ixzz2mkDTwNpj
No comments:
Post a Comment