Ad

Thursday, 5 December 2013

Kuantan paling teruk dilanda banjir

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
nahar.latib@utusan.com.my
 
Orang ramai mengambil risiko mengharungi air sungai yang melimpah di Jalan Cherating-Kemaman berhampiran Chendor, Kuantan, Pahang, semalam.
KUANTAN 5 Dis. - Keadaan cuaca yang cerah sepanjang hari membolehkan ramai mangsa banjir di negeri ini kembali ke rumah masing-masing, sekali gus menyebabkan bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di negeri ini berkurangan daripada lebih 35,000 orang pagi tadi kepada 29,270 orang petang ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang berkata, sebanyak 92 pusat pemindahan banjir telah dibuka di tujuh buah daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Lipis, Jerantut dan Temerloh sejak banjir melanda negeri ini.

Katanya, Kuantan menjadi daerah terburuk dilanda banjir apabila mencatatkan bilangan mangsa paling ramai dipindahkan setakat ini iaitu seramai 21,222 orang daripada 5,249 keluarga dan ditempatkan di 48 pusat pemindahan.

"Bagi daerah Rompin pula, jumlah mangsa yang terlibat ialah seramai 4,180 orang, terdiri daripada 1,069 keluarga. Kesemua mereka dipindahkan ke 14 pusat pemindahan."Daerah Pekan pula seramai 3,124 mangsa daripada 723 keluarga, dipindahkan ke 16 pusat pemindahan. Di Maran, seramai 637 mangsa membabitkan 145 keluarga berada di enam pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Tambahnya, seramai 79 mangsa daripada 16 keluarga telah dipindahkan di sebuah pusat pemindahan banjir di daerah Jerantut."Lipis dan Temerloh merupakan daerah terbaharu dilanda banjir di negeri ini iaitu masing-masing seramai 21 dan tujuh mangsa dan dilaporkan ditempatkan di tiga pusat pemindahan," katanya.Setakat ini sebanyak 78 buah kampung dan taman perumahan terjejas akibat banjir


RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131206/dn_10/Kuantan-paling-teruk-dilanda-banjir#ixzz2meBBQNi6 © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment