Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF-fairuz.yusof@utusan.com.my
Keadaan kawasan perumahan Taman Desa Solehah,
Kemaman yang ditengggelami air dalam tinjauan dari udara, semalam. -
UTUSAN/AZLAN BAHRUM
KUANTAN 5 Dis. - Datuk
Seri Najib Tun Razak menyifatkan banjir yang berlaku di Pahang, khususnya di
Kuantan sebagai yang terburuk kerana melibatkan kawasan yang luas.
Menurut Perdana Menteri,
walaupun terdapat sistem pencegahan banjir di daerah itu tetapi hujan luar
biasa selama tiga hari berturut-turut menyebabkan jumlah air itu begitu banyak
sekali.
"Dalam keadaan
tersebut, walaupun kita telah buat persiapan banjir tiap-tiap tahun, namun
kawasan itu (dilanda banjir) luas dan air naik begitu pantas."Pada
peringkat awal, ada sedikit masalah dan kelemahan serta kekurangan tetapi hari
ini sudah lebih selesa... ini dilihat dengan cuaca yang baik dan dapat membantu
kerana kebanyakan tempat banjir telah surut," katanya.
Beliau berkata demikian
kepada pemberita selepas melawat tiga pusat pemindahan di Pekan dan Rompin di
Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Batu 10 di sini hari ini.Turut
serta Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk
Seri Dr. Jamaludin Jarjis.
Katanya, beliau berpuas
hati dengan pengurusan mangsa banjir yang berjalan lancar dan mendapat layanan
baik daripada semua pihak termasuk kerajaan negeri, pejabat daerah dan agensi
terlibat.
Beliau difahamkan bahawa
keadaan di daerah ini pada peringkat awalnya agak kritikal tetapi kini dapat
diuruskan dengan lebih baik.
Mengenai ramalan yang
dikatakan akan berlaku gelombang kedua bencana itu, Najib berkata, semua pihak
perlu sentiasa berjaga-jaga sepanjang masa.
"Kita ada macam-macam
ramalan dan ada yang kata fasa kedua dan sebagainya. Jadi, kita berada dalam
keadaan berjaga-jaga sepanjang masa kerana apa yang berlaku terjadi dalam masa
singkat.
"Saya menasihati
masyarakat terlibat supaya ikut panduan dan dengar isyarat oleh jawatankuasa
banjir peringkat negeri," ujarnya.Menurut beliau, kerajaan sedia
mempertimbangkan bantuan khas kepada mangsa banjir yang terlibat di negeri
terbabit.
RUJUKAN:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131206/dn_01/Banjir-terburuk-Pahang---Najib#ixzz2me9UQtF1
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment