ARKIB : 15/10/2006
KUALA LUMPUR Beregu bidan
terjun negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menjadi satu-satunya wakil Malaysia
yang tinggal untuk mara ke perlawanan akhir Terbuka Jepun.
Kejayaan menewaskan pasangan
tuan rumah, Shuichi Sakamoto-Shintaro Ikeda 21-13, 14-21, 21-11 di separuh
akhir semalam membolehkan pasangan muda negara itu meneruskan kejutan pada
kejohanan ini.
Pada perlawanan akhir hari ini,
Kein Keat-Boon Heong yang digandingkan berikutan ketiadaan Chan Chong Ming yang
kematian bapa akan bertemu pasangan Candra Wijaya-Tony Gunawan.
Beregu Indonesia itu menewaskan
beregu pilihan pertama kejohanan dari China, Fu Haifeng-Cai Yun 21-11, 21-11
dalam satu lagi separuh akhir beregu lelaki.
Harapan untuk menyaksikan
Malaysia turut mempunyai wakil dalam perseorangan lelaki berkecai apabila Lee
Chong Wei laluannya tersekat lagi.
Kali ini pemain nombor satu
negara itu yang tersekat di suku akhir kejohanan dunia di Madrid, bulan lalu,
tewas pula kepada pemain Indonesia, Taufik Hidayat 21-17, 21-13.
Lawan Taufik pada perlawanan
akhir ialah pemain perseorangan utama China, Lin Dan yang menewaskan pemain
Denmark, Peter Gade 21-12, 21-14.
Dalam acara perseorangan dan
beregu wanita, semuanya dikuasai pemain China yang akan bertemu sesama sendiri.
Sementara itu, Indonesia
menguasai acara beregu campuran selain mempunyai Taufik dan gandingan
Candra-Tony pada perlawanan akhir hari ini.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1015&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4s4vJmAw7
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment