Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pengendali
Selangor Zainal Abidin Hassan mengingatkan barisan pemainnya supaya sentiasa
berwaspada setiap terjahan keras ke atas pemain Pulau Pinang apabila kedua-dua
pasukan bertemu di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MP Selayang), malam
ini.
Jelas sekali mesej Zainal itu
merujuk kepada pakar sepakan percuma skuad Harimau Kumbang Faiz Subri yang
diakui ramai memiliki kemampuan untuk menghasilkan jaringan cantik menerusi
situasi bola mati.
“Saya ingin ingatkan pemain
supaya lebih berhati-hati ketika melakukan terjahan ke atas pemain Pulau Pinang
terutama di depan kubu pasukan.
“Kita tahu keupayaan Faiz dalam
memanfaatkan sepakan percuma itu. Jadi, saya harap pemain lebih berhati-hati,”
katanya ketika dihubungi, semalam.
Nama penyerang Pulau Pinang itu
secara tiba-tiba ‘meletup’ apabila menjadi perhatian peminat bola sepak dunia
selepas melakukan jaringan paling unik dalam aksi Liga Super bertemu Pahang di
Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari lalu.
Faiz membuat sepakan dari jarak
kira-kira 32 meter pada minit ke-62 yang secara tiba-tiba melencong laju
menjunam untuk singgah ke penjuru atas kanan gawang sekali gus menewaskan
penjaga gol Pahang Nasril Nourdin.
Malah, Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM) juga menerusi surat bertarikh 22 Februari lalu mencadangkan
kepada FIFA supayagol jaringan pemain berusia 29 tahun itu dicalonkan untuk
Anugerah Puskas 2016 yang dijangka berlangsung Januari tahun depan.
Jelas Zainal, moral pemainnya
kini berada pada tahap terbaik selain segala persiapan untuk menghadapi
perlawanan kelapan liga itu berjalan lancar.
“Pemain semua cergas dan ini
menunjukkan keadaan positif. Kita sudah sampai di pertengahan liga jadi mesti
gunakan setiap peluang untuk meraih sebanyak mata.
“Lagipun kejayaan mereka
mengikat Kedah 2-2 tempoh hari menunjukkan Pulau Pinang bukan calang-calang
pasukan,” katanya.
Sumber-Artikel ini disiarkan
pada : Rabu, 20 April 2016 @ 7:41 AM
No comments:
Post a Comment