Norsyafiqah Zamal Ishak
am@hmetro.com.my
Georgetown: Tangannya erat
menggenggam pemalu canang dalam masa sama cuba mengikuti rentak lagu yang
dimainkan.
Walaupun alat muzik tradisional
itu tidak sama dengan alat muzik di negara asalnya, dia terus khusyuk mengikut
arahan pelatih dan irama untuk mendalami bidang berkenaan.
Lee Yeon Ju, 22, pelajar
pertukaran dari Hankuk University of Foreign Studies, Korea Selatan antara
pelajar antarabangsa mengikuti Kelas Teater Tradisional Wayang Kulit di
Universiti Sains Malaysia (USM).
Dia bersama dua rakan senegara,
Kim Seon Mi, 22, dan Kang Ji Min, 22, serta tiga pelajar dari Brunei adalah
enam pelajar asing pada semester ini yang mengikuti kelas berkenaan dan mereka
berlatih bermain alat muzik tradisional wayang kulit hasil tunjuk ajar artis
budaya USM Jufry Yusoff.
“Saya dan rakan tertarik
belajar budaya masyarakat Malaysia kerana mengambil pengkhususan dalam Bahasa
Melayu dan Indonesia. Kami mengambil peluang berada di USM selama satu semester
ini untuk mempelajari budaya di sini.
Dapatkan akhbar Harian Metro
untuk berita selanjutnya.
sumberArtikel ini disiarkan
pada : Khamis, 21 April 2016 @ 7:14 AM
No comments:
Post a Comment