Ad

Friday, 8 September 2017

Malaysia mula kempen B-18 AFF dengan positif

 SKUAD muda negara melepasi halangan sulung Kejuaraan Bawah 18
SKUAD muda negara melepasi halangan sulung Kejuaraan Bawah 18 tahun AFF 2017 dengan membelasah Laos 4-1 di Stadium Aung San, Myanmar, semalam. Facebook FAM

05 September 2017 3:00 AM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Malaysia memulakan kempen Kejuaraan Bawah 18 tahun (B-18) Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) 2017 dengan langkah kanan apabila membelasah Laos 4-1 di Stadium Aung San, Myanmar hari ini.

Kemenangan itu membolehkan skuad Bawah 19 (B-19) kendalian Bojan Hodak menduduki tangga teratas Kumpulan A, berkongsi tiga mata dengan Thailand yang sebelum itu menewaskan Timor Leste 3-0 di Stadium Thuwunna namun dipisahkan dengan perbezaan gol.

Keputusan bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) itu memanggil Akhyar Rashid yang baru sahaja membantu skuad bawah 22 memenangi pingat perak pada Sukan SEA 2017 bulan lalu nyata berbaloi apabila pemain muda Kedah itu meledak dua gol.

Dalam aksi tersebut, pemain Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Hadi Fayyadh Abdul Razak membuka tirai jari­ngan pada minit ke-28 sebelum Akhyar menggandakan pada minit ke-45.

Laos cuba bangkit apabila merapatkan defisit gol menerusi jaringan Bounphachan Bounkong tiga minit selepas rehat namun Akhyar kembali menjarakkan kedudukan setelah meledak gol pada minit ke-60.

Ketika permainan seakan-akan berkesudahan menang 3-1, Hadi menjaringkan gol kedua peribadinya pada minit ke-90.

Selepas ini Malaysia akan bertemu Singapura di venue yang sama pada Rabu ini.

SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malaysia-mula-kempen-b-18-aff-dengan-positif-1.522959#ixzz4s8kzqSTR
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment