Ad

Sunday, 3 September 2017

Nicol kekal Nombor 1



ARKIB : 03/1

KUALA LUMPUR – Nicol David terus bertahan selaku pemain nombor satu dalam senarai Persatuan Pemain Skuasy Wanita Profesional Antarabangsa (WISPA) yang dirampasnya semula sejak menjuarai Terbuka Malaysia, Julai lalu.

Ranking yang dikeluarkan semalam, meletakkan ratu skuasy negara itu teratas dengan memungut 2,347.941 mata selepas mengambil kira kejayaannya menjuarai Terbuka Britain pada 23 September lalu.

Sepanjang tahun ini, Nicol, 23, sudah mengumpul gelaran Kejohanan Asia di Taipei, Cabaran Qatar Airways di Hyderabad dan Terbuka Pulau Pinang, Ogos lalu. Dia turut muncul naib juara Terbuka Apawamis dan Terbuka Kuala Lumpur.

Vanessa Atkinson dari Belanda yang ditewaskannya ketika membantu Malaysia menduduki tempat ketiga Kejohanan Berpasukan Dunia, Sabtu lalu, berada di ranking kedua WISPA dengan 1,738.056 mata.

Nicol akan menyertai Terbuka Hong Kong dari 18 hingga 22 Oktober dan Klasik Qatar mulai 29 Oktober hingga 2 November sebelum mempertahankan gelaran Terbuka Dunia pada 20 hingga 26 November.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu turut akan memburu semula pingat emas Sukan Asia di Doha pada 1 hingga 15 Disember ini setelah kempunan pada temasya di Busan 2002. Dia menjuarai Sukan Asia Bangkok 1998.

Pemain wanita nombor dua negara, Sharon Wee pula kekal ke-22 manakala Tricia Chuah, jatuh setangga, ke-30 dalam senarai WISPA. Mereka turut menyertai Kejohanan Berpasukan Dunia di Edmonton itu.

Dalam bahagian lelaki, pemain nombor satu negara, Azlan Iskandar masih di ranking ke-12 Persatuan Skuasy Profesional (PSA) manakala Ong Bee Hee berada dua tangga di belakangnya.

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1003&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4resW86v8
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment