Ad

Monday, 4 September 2017

Olimpik Malaysia dibelasah



ARKIB : 11/10/2006

KUALA LUMPUR – Skuad Olimpik Malaysia bawah 21 tahun, memulakan kempen bola sepak Piala Ibu Kota SH Bank di Hanoi dengan dibelasah 0-4 oleh skuad kebangsaan Vietnam, semalam.

Mulanya skuad bimbingan B. Sathianathan ini nyaris mengejutkan lawan seawal minit ketiga menerusi percubaan Razali Umar yang sempat diselamatkan oleh penjaga gol, To Vinh Loi.

Namun, Vietnam menghukum pelawat menerusi tolakan mudah Le Cong Vinh pada minit ke-25 yang gagal menjaringkan penalti, setelah dia menyudahi satu hantaran Huyh Quang Thanh.

Sepakan penalti Vietnam disudahi oleh ketua pasukan, Nguyen Minh Phuong pada minit ke-53 manakala Nguyen Vun Phuong dan Nguyen Anh Duc menjaringkan dua lagi gol terakhir. Malaysia akan menentang Bawah 23 Tahun Thailand, esok.

‘‘Kami memberikan tentangan biarpun diasak hebat tetapi usia menjadi pemisah. Jika bukan beberapa kesilapan, keputusannya mungkin lebih baik,’’ kata Sathianathan.

Malaysia turut menurunkan tiga pemain daripada skuad pelatih ke Sukan Asia Doha seperti ketua pasukan, Ahmad Azlan Zainal dan Norshahrul Idlan Talaha serta S. Subramaniam.

Anak didik Sathianathan diundi dalam Kumpulan B pusingan kedua Kelayakan Olimpik mulai 28 Februari depan dengan Jepun, Syria, Bangladesh atau Hong Kong.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1011&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4rhAvo6lb
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment