ARKIB : 08/10/2006
Sabda Rasulullah s.a.w
Dari Kaab bin Ujarah katanya,
Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: datanglah hampir mimbar lalu kami datang,
bila baginda naik satu anak tangga katanya amin dan bila baginda naik anak
tangga kedua katanya amin, begitu juga pada anak tangga ketiga. Maka bila
baginda turun kami bertanya wahai Rasulullah! Kami ada mendengar dari tuan
hamba apa yang tidak pernah kami dengar sebelum ini? Sabdanya: Jibril alaihi
salam ada datang mengatakan kepadaku bila aku naik tangga pertama celakalah
mereka yang bertemu Ramadan tetapi tidak diampunkan baginya, kataku amin dan
bila aku berada di tangga kedua kata Jibril lagi celaka mereka yang disebutkan
namamu di sisinya tetapi malas untuk berselawat kepadamu dan bila aku berada di
tangga ketiga ucap Jibril lagi celaka mereka yang mendapati ibu bapa yang sudah
lanjut usianya, tetapi tidak juga mendapat syurga yang disediakan untuk mereka
yang berkhidmat kepada mereka (Bukhari dan lain-lain).
*Huraian
Dalam hadis ini Rasulullah
menyesali tiga kumpulan yang dianggapkan celaka oleh Jibril dan baginda sendiri
yang mengaminkannya. Pertama mereka yang menemui Ramadan seperti orang lain
tetapi tidak berpeluang mendapat keberkatan rahmat dan pengampunannya. Kedua
mereka yang mendengar nama Nabi disebut di sisinya tetapi tidak juga menghadiahkan
selawat kepadanya. Dan ketiga mereka yang dapat hidup bersama ibu bapa yang
sudah tua tetapi tidak merebut syurga yang ada di bawah telapak kaki mereka
dengan memberi layanan atau perkhidmatan yang terbaik kepada mereka. Inilah
kerugian yang diperoleh mereka yang suka melepaskan peluang keemasan dalam
hidup dan untuk mereka ialah kecelakaan semata-mata, seperti yang didoakan
Jibril dan diaminkan baginda.
*Kesimpulannya
Carilah peluang keemasan yang
datang sesekali dalam hidup. Jangan lepaskan tiga peluang tadi terutama yang
datang setiap tahun seperti Ramadan.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1008&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm#ixzz4rf5QXpuf
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment