Nay Pyi Taw: Skuad Bawah
23 Tahun negara mempamerkan peningkatan apabila menewaskan Laos 4-1 dalam
saingan Kumpulan A Sukan SEA Myanmar, malam tadi.
BOLA SEPAK: Laos ‘lauk’
Hazwan
Seperti diramal Datuk Ong
Kim Swee merombak hampir separuh pasukannya berbanding kesebelasan utama yang
menentang Brunei tempoh hari.
Ahmad Hazwan Bakri muncul
wira negara apabila meledak hatrik, menjaringkan gol pertama seawal minit
keenam pada perlawanan di Stadium Zeyer Thiri itu sebelum K Reuben menjaringkan
gol sendiri pada minit ke-40.
Namun skuad negara
seolah-olah hilang punca selepas jaringan pertama dengan Kim Swee memasukkan
Nazmi Faiz Mansor menggantikan S Sivanesan seawal babak kedua bagi menghidupkan
jentera tengah selepas gagal memberi tekanan kepada lawan.
“Pemain bermain dengan
amat baik pada babak kedua dengan gerakan tersusun namun beberapa kelemahan
perlu diperbaiki untuk aksi selepas ini.
“Selepas kita menjaringkan
gol pertama, kita berhenti bermain dan sikap sambil lewa serta jaringan sendiri
menyebabkan kita tertekan,” kata Kim Swee.
Ahmad Hazwan menjaringkan
gol kedua menerusi rembatan kencang dalam kotak penalti m-60 disusuli jaringan
sendiri Ketsada Souksavanh m-80.
Pemain kelahiran Labuan
itu melengkapkan hatrik apabila memanfaatkan hantaran silang Nazmi Faiz m-87
sekali gus memastikan kemenangan kedua berturut-turut skuad negara.
“Persembahan mantap (Ahmad
Hazwan) akan memberikan cabaran kepada penyerang lain untuk merebut slot dalam
kesebelasan utama,” kata Kim Swee.
RUJUKAN: MYMETRO ONLINE
14.12.13
No comments:
Post a Comment