KUALA LUMPUR 14 Dis. - Datuk
Lee Chong Wei menghampiri kejuaraan badminton Siri Super Akhir buat kali
keempat selepas melangkah ke final dengan menumpaskan pemain Denmark, Jan O
Jorgensen dalam aksi separuh akhir di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras
sebentar tadi.
Chong Wei, 31, yang muncul
juara pada 2008, 2009 dan 2010 menang mudah 21-14, 21-16 ke atas Jorgensen,
pemain yang ditewaskan dua kali dalam tempoh dua hari.
Menanti jaguh No. 1 dunia itu
pada perlawanan akhir esok adalah pemenang di antara bintang Jepun, Kenichi
Tago atau Tommy Sugiarto dari Indonesia yang akan berentap dalam satu lagi
separuh akhir, malam ini. - UTUSAN ONLINE
RUJUKAN:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131214/su_14/Chong-Wei-mara-ke-akhir-badminton-Siri-Super-Akhir#ixzz2nVRcPez2
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment