BARISAN skuad karate negara
yang beraksi cemerlang pada Sukan SEA 2013 bergambar kenangan dengan Presiden
Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (berdiri
tengah) selepas kejayaan meraih empat pingat emas pada aksi di Stadium Tertutup
Wunna Theikdi, Nay Pyi Taw, Myanmar semalam.
NAY PYI TAY, Myanmar - Skuad
karate meneruskan aksi cemerlang apabila menambah empat lagi pingat emas di
Stadium Tertutup Wunna Theikdi A semalam.
S. Senthil Kumaran
menyumbangkan emas pertama negara pada saingan semalam menerusi acara kumite
lelaki bawah 60 kilogram (kg) selepas menewaskan atlet Indonesia, Donny
Dharmawan di akhir.
Meskipun terikat 0-0 selepas
tiga minit bertarung, Senthil diumumkan sebagai pemenang pingat emas
berdasarkan keputusan juri.
Pingat emas kedua negara
diperoleh menerusi S. Shree Sharmini apabila menewaskan Pham Thi Tien dari
Vietnam meskipun keputusan terikat 2-2 dalam kategori kumite wanita bawah 68kg.
Malaysia menambah dua lagi
pingat emas menerusi A. Nisha yang mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas
peserta Filipina, Mae Soriano dalam kategori wanita bawah 55kg.
K. Syakilla Saini memastikan
aksi cemerlang skuad negara apabila menundukkan Le Thi Thuy dari Vietnam 1-0
dalam kategori kumite wanita bawah 61kg.
Skuad negara turut memenangi
pingat perak apabila R. Sharmemdran tumpas 0-3 kepada atlet Indonesia, Jintar
Simanjuntak pada perlawanan akhir kumite lelaki bawah 67kg.
Sementara, pingat gangsa
menerusi Shaharudin Jamaludin dalam acara kumite lelaki bawah 75kg, L.
Kunasilan (lelaki bawah 55kg) dan Mohd. Hatta Mahanut (lelaki bawah 84kg).
Senthil berkata, dia gembira
kerana berjaya membalas dendam terhadap Donny yang menumpaskannya pada pusingan
kedua Sukan Perpaduan Islam di Palembang, Indonesia, September lalu.
"Beraksi sebagai atlet
bukan pilihan tidak memberi tekanan kepada saya kerana dia (Donny) merupakan
pemenang pingat emas pada Sukan SEA 2011 (di Indonesia)," katanya.
Sementara itu, Sharmini yang
beraksi buat kali kedua pada Sukan SEA berkata, dia menghadiahkan kemenangan
itu kepada keluarganya yang tidak pernah jemu memberi sokongan.
Dua pingat emas ditawarkan pada
hari terakhir acara karate hari ini iaitu dalam kategori kumite lelaki dan
wanita berpasukan.
Skuad karate mengutip dua
pingat emas kelmarin menerusi acara kata individu dan berpasukan lelaki, sekali
gus melepasi sasaran tiga emas yang ditetapkan pada temasya kali ini.
RUJUKAN: KOSMO AHAD ONLINE
15.12.13
No comments:
Post a Comment