Yangon: Skuad bola sepak wanita
negara menamatkan kemarau 18 tahun untuk mara ke peringkat separuh akhir acara
bola sepak pada temasya Sukan SEA, semalam.
Pasukan negara akan menentang
juara bertahan Vietnam, hari ini, selepas menduduki tangga kedua Kumpulan B di
belakang Thailand. Skuad bimbingan Jacob Joseph layak selepas Thailand
membelasah Laos 0-5 kelmarin dalam aksi terakhir kumpulan. Malaysia menamatkan
saingan aksi kumpulan dengan satu kemenangan menentang Laos 3-1 dan tewas
kepada Thailand 1-6 untuk muncul naib juara kumpulan.
RUJUKAN : BERITA HARIAN ONLINE
18.12.2013
No comments:
Post a Comment