Ad

Friday, 13 December 2013

SEPAK TAKRAW: Tekad undur

SEPAK TAKRAW: Tekad undur

Nay Pyi Taw: “Cukuplah sampai di sini. Saya ingat tak mahu teruskan lagi,” kata ketua jurulatih sepak takraw negara Jamaluddin Hassan selepas Malaysia diaib pada temasya Sukan SEA Myanmar.

Pasukan takraw lelaki negara gagal mencatat kemenangan dan semalam menamatkan kempen liga sepusingan kecundang 1-2 di tangan Indonesia selepas kalah 0-3 kepada Thailand dan 1-2 kepada tuan rumah Myanmar kelmarin.

Jamaluddin bagaikan terkedu melihat aksi longlai anak buahnya dan kurang bermaya mengambil pingat ‘gangsa’ selepas Malaysia berada di tangga tercorot di belakang juara Thailand, Indonesia dan Myanmar.

“Saya datang ke sini dengan harapan sekurang-kurangnya meraih pingat perak tapi tidak menjadi kenyataan.

Terpulang kepada persatuan tapi memang saya ingat cukuplah setakat di sini.

“Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan ini dan sudah melakukan yang terbaik dengan pemain yang kita ada.

Saya tahu ada pemain yang cakap-cakap di belakang dan saya harap mereka berani tampil mewakili negara,” jelasnya.

Kontrak Jamaluddin yang pernah membimbing regu negara memenangi pingat emas pada temasya Sukan SEA Manila 2005, berakhir April.

Sama seperti nasib skuad lelaki, skuad sepak takraw wanita negara turut meraih gangsa di tangga keempat selepas kalah semua tiga perlawanan di belakang pemenang emas Thailand, Myanmar dan Indonesia.

Bagaimanapun anak buah Jamaluddin masih boleh menebus keaiban itu dalam acara regu bermula hari ini.

RUJUKAN: MYMETRO ONLINE 14.12.13

No comments:

Post a Comment