foto 1: Tempat JWW Birch dibunuh
WATAK penting yang dimainkan
Dato' Sagor dalam pembunuhan JWW Birch bukan hanya dapat disaksikan pada hari
pembunuhan pada 2 November 1875.Sejak mesyuarat pertama mengenai rancangan itu
pada 21 Julai 1875, di rumah Haji Mat Yasin di Durian Sebatang, Dato' Sagor
telah melibatkan diri.Pakar sejarah, Prof. Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali berkata, malah belum sempat Sultan Abdullah membuat keputusan, Dato'
Sagor dan Dato' Maharaja Lela antara pembesar yang tanpa banyak soal sedia
melaksanakan tugas tersebut."Pada mesyuarat pertama, Laksamana
mengesyorkan supaya JWW Birch diracun. Sultan Abdullah pula mencadangkan supaya
'bermain' hantu jika langkah meracuni JWW Birch gagal."Cadangan Maharaja
Lela pula adalah dengan cara menikam. Dato' Sagor pula menyatakan, sekiranya
Dato' Maharaja Lela menikam JWW Birch, dia akan menyerang Bandar Bahru,
kediaman JWW Birch dan menurunkan bendera British," katanya.[1]
No comments:
Post a Comment