KUALA TERENGGANU 22 Jan. -
Selepas berjaya melangkah ke separuh akhir Piala FA musim lepas, Terengganu
meletakkan sasaran untuk merangkul piala itu musim ini.
"Tahun ini kami nak lebih
daripada separuh akhir dalam usaha bawa balik piala seperti disasarkan oleh
pihak pengurusan," kata pengendali pasukan Terengganu, Abdul Rahman
Ibrahim.
Terengganu mencatat kemenangan
besar 4-0 ke atas wakil Pahang, Shahzan Muda dalam perlawanan kalah mati di
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
Terengganu dijadual bertemu
Selangor PKNS pada saingan seterusnya selepas pasukan PKNS membenam cabaran
Johor Darul Tazim II dengan keputusan 3-2 di Stadium Lumut, Perak.
Abdul Rahman berkata, beliau
masih kurang berpuas hati dengan anak didiknya kerana sepatutnya Terengganu
mampu mencatat kemenangan lebih besar malam tadi sekiranya pemain lebih fokus.
"Fokus pemain kami malam
tadi tidak begitu tajam menyebabkan banyak peluang yang diperoleh terbuang
begitu sahaja," katanya. - Bernama
SUMBER: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140122/su_14/Terengganu-sasar-julang-Piala-FA#ixzz2rE14mFn3
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment