ARKIB : 20/09/2006
Ads by Kiosked
Hafiz, beregu campuran teruskan
cabaran - Kejohanan Badminton Dunia
KUALA LUMPUR Jaguh
perseorangan negara, Muhammad Hafiz Hashim melangkah mudah ke pusingan kedua
Kejohanan Badminton Dunia di Madrid semalam selepas mengetepikan cabaran awal
pemain Ireland, Scott Evans.
Hafiz, 24, pilihan kelapan
tidak menghadapi masalah untuk menundukkan Evans 21-10, 21-14 dalam masa 20
minit untuk menempah pertemuan dengan Michal Matekja dari Slovakia, hari ini.
Juara Seluruh England 2003 itu,
yang terkeluar pada pusingan ketiga tahun lalu menjadi pemain lelaki kedua
negara berjaya melayakkan diri ke pusingan kedua selepas Kuan Beng Hong.
Beregu wanita negara, Wong Pei
Tty-Chin Eei Hui turut mara ke pusingan ketiga selepas menewaskan Maja
Kersnik-Maja Tvrdy dari Slovenia 21-7, 21-5.
Cabaran Malaysia pada kejohanan
yang berlangsung di Palacio de los Deportes itu turut diteruskan oleh dua
beregu campuran, Gan Teik Chai-Fong Chew Yen serta Mohd. Fairuzizuan Tazari-Ooi
Sock Ai.
Teik Chai-Chew Yen dipaksa
berhempas pulas untuk menyingkirkan pasangan India, V. Diju-Jwala P. Gutta
21-18, 17-21, 21-19 dan akan berdepan beregu Poland, Robert Mateusiak-Nadiezda
Kostiuczyk.
Fairuzizuan-Sock Ai pula mudah
mengetepikan Sergio Llopis-Dolores Marco dari Sepanyol 21-19, 21-16 dan akan
bertemu pemenang di antara Ingo Kindervater-Katrin Piotrowski dari Jerman atau
Nicholas Jinadasa-Samantha Jinadasa dari Amerika Syarikat.
Cabaran perseorangan wanita
negara, M. Shutheaswari pula berakhir seawal pusingan pembukaan selepas tunduk
10-21, 14-21 di tangan Maja Tvrdy dari Slovenia.
Turut tersingkir adalah pasangan
wanita, Fong Chew Yen-See Phui Leng yang tunduk 11-21, 11-21 kepada beregu
Jepun, Kumiko Ogura-Reiko di pusingan kedua.
Sementara itu, pemain nombor
satu dunia, Lee Chong Wei akan memulakan kempen memburu kejuaraan dengan
menentang pemain utama Jerman, Bjoern Joppien pada pusingan kedua hari ini.
Tiga pasangan lelaki negara,
negara, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah, Chan Chong Ming-Koo Kien Keat serta
Fairuzizuan-Lin Woon Fui juga akan memulakan cabaran masing-masing.
Beregu nombor tiga dunia dan
juara Asia, Tan Fook-Wan Wah akan memulakan cabarannya dengan menentang
pasangan Vietnam, Nguyen Quang Minh-Tran Thanh-Hai.
Chong Ming-Kien Keat, yang
berazam untuk mengulangi kejayaan layak ke separuh akhir tahun lalu bakal berdepan
laluan berliku apabila bertemu pasangan muda Korea, Hwang Ji Man-Han Hoon Sang.
Turut turun beraksi hari ini
adalah pemain wanita nombor satu negara, Wong Mew Choo yang akan menentang
Fransisca Ratnasari dari Indonesia pada pusingan kedua.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0920&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4rbjBmIJQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment