ARKIB : 20/09/2006
Ads by Kiosked
Nicol pertahan Terbuka Britain
JUARA skuasy wanita Terbuka
Britain, Nicol David (kanan) dan pemenang kategori lelaki, Nick Matthew dari
England bersama trofi kejuaraan masing-masing di England, kelmarin. Agensi.
KUALA LUMPUR Ratu skuasy
negara, Nicol David memanfaatkan kepantasannya untuk mengatasi Rachael Grinham
dari Australia sekali gus mempertahankan kejuaraan wanita Terbuka Britain,
kelmarin.
Hanya 40 minit yang diperlukan
oleh Nicol ketika menewaskan Rachael, pilihan ketiga kejohanan, 9-4, 9-1, 9-4
pada perlawanan akhir di Pusat Sukan Universiti Nottingham.
Terbuka Britain merupakan
gelaran keempatnya selepas memenangi Cabaran Qatar Airways, Terbuka Malaysia
dan Terbuka Pulau Pinang sepanjang tahun ini sejak Julai lalu.
Kepantasan ternyata memainkan
peranan untuk membawa Nicol mendahului 3-2, 7-2 dan memenangi set pertama, 9-4
dengan banyak pukulan voli dan mengajak lawan bermain rali.
Set kedua menyaksikan pemain
kelahiran Pulau Pinang menyerang Rachael lagi dengan voli yang tepat sehingga
memaksa lawan melakukan kesilapan lalu menyerah selepas 11 minit permainan.
Nicol membuka set pertama
dengan meyakinkan apabila mendahului 6-0 tetapi lawan cuba bangkit dengan
mengutip mata sebelum Nicol bertahan kembali menguasai permainan dengan
menangkis voli lembut dan pukulan jarak pendek.
Rachael tidak terdaya untuk
membalas pukulan pada mata penamat milik Nicol lalu mencipta kekalahan
sulungnya di Nottingham dalam tempoh tiga tahun selepas bermain 13 minit pada
set terakhir.
Kata Nicol: Saya hanya cuba
menjauhkan bola daripadanya dan mengasaknya. Saya bekerja keras untuk menguasai
bola dalam setiap perlawanan dan ia berbaloi.
Rachael sungguh
berpengalaman. Dia sentiasa mengubah rentak tanpa disedari dan sukar
mengekangnya. Namun saya menang kerana yakin sejak menewaskannya kali pertama d
Kuwait.
Latihan dengan jurulatih,
Sarah Fitzgerald sejak beberapa minggu yang bermain dengan corak yang jarang
dimiliki sesiapa dan caranya mengasak lawan, turut membantu saya mencapai
kejayaan ini, katanya.
Rachael ketika mengulas permainan
lawannya itu berkata: Nicol terlalu handal. Saya tidak kecewa kerana telah
bermain sedaya mungkin. Dia berada dalam prestasi yang baik pada kejohanan ini
dan sukar mengatasinya apabila bermain rali.
Saya cuma kesal kerana kurang
pantas. Saya tidak berlatih untuk menentang pemain yang sepantasnya. Ia seperti
saya hanya bergantung kepada permainan Nicol dalam set ketiga, katanya.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0920&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4rbhCvtur
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment