ARKIB : 30/10/2006
KUALA LUMPUR Pengalaman
nyaris kalah kepada Vietnam di Kuantan, bulan lalu, kembali menghantui K.
Rajagopal dan skuad Bawah 20 Tahun Malaysia apabila menentang lawan yang sama
dalam Kumpulan D Kejohanan Bola Sepak Belia Asia, hari ini.
Rajagopal, ketua jurulatih
Malaysia, masih terbayang bagaimana ketahanan dan kesungguhan Vietnam sempat
menghukum anak buahnya dengan dua gol awal sebelum terselamat dengan seri 2-2
dalam Kejohanan Belia AFF ketika itu.
Malaysia, naib juara di
belakang Australia pada kejohanan itu, berjaya mencuri satu mata dengan Vietnam
di Stadium Darul Makmur hasil jaringan penyamaan Manaf Mamat dan Ahmad Fakri
Saarani.
Vietnam tidak boleh dipandang
mudah kerana pemain mereka mempunyai keazaman dan stamina tinggi sepanjang 90
minit, katanya menjelang pertemuan di Stadium Sree Kanteerava, Bangalore,
malam ini.
Yang penting menurut Rajagopal
ialah memastikan gandingan pemain negara yang tepat dan terbaik diturunkan
dalam memburu kemenangan sulung sekali gus mencerahkan peluang ke suku akhir.
Namun beliau mengakui, cuma
memiliki pilihan pemain yang terhad untuk melakukannya ekoran kecederaan lima
tonggak sebelum ke Bangalore malah yang terbaru ialah penjaga gol utama, Amini
Ahmad Tabarani, Jumaat lalu.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1030&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4s6E3Uy13
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment