ARKIB : 24/09/2006
Ads by Kiosked
Sabda Rasulullah s.a.w
Ikhlas berpuasa
SABDA Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud: Siapa yang tidak meninggalkan cakap bohong dan mengamalkan
pendustaan maka Allah s.w.t. tidak ingin kepada puasanya dengan meninggalkan
makan dan minumnya. (Riwayat Bukhari)
Pengertian
Dalam hadis ini baginda menegaskan
bahawa ibadat puasa seseorang itu tidak akan diterima atau diberi pahala
sekiranya puasanya tidak diamalkan dengan baik iaitu menyempurnakan
prasyaratnya dengan meninggalkan segala larangan-Nya seperti bercakap bohong
dan sebagainya. Sekiranya ibadat tersebut dilakukan dengan tidak sempurna maka
dia akan mendapat hanya kepenatan semata-mata.
Kesimpulan
Ibadat puasa hendaklah
dilakukan sepenuh hati dan ikhlas kepada Allah dengan melaksanakan segala
perintah dan menjauhkan segala larangan-Nya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0924&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_05.htm#ixzz4rcabauVD
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment