Ad

Friday, 4 October 2013

Johor DT jangan cepat rasa selesa - Safee


Safee (tengah) bersama Norshahrul Idlan Talaha (kiri) berlatih bersama pasukan Johor DT di padang Universiti Sains Malaysia dekat Kubang Krian, semalam.
KOTA BHARU - "Perlawanan masih berbaki 90 minit dan kita tidak boleh selesa dengan kelebihan yang ada. Dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku." Demikian tegas penggempur berbisa Johor Darul Takzim (Johor DT), Safee Sali menjelang pertemuan suku akhir kedua Piala Malaysia di sini, malam ini.
Safee berkata, dia berharap rakan sepasukannya dapat memberikan tumpuan sepenuhnya pada perlawanan tersebut yang bakal menentukan sama ada mereka layak ke saingan separuh akhir.
"Kelebihan dua gol bukanlah bekalan selamat buat pasukan kita. Kita masih perlu bekerja keras dalam perlawanan ini.
"Harapan saya agar rakan-rakan dapat beraksi dengan baik bagi memastikan impian kita untuk mara ke peringkat seterusnya dapat dilaksanakan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.
Safee mengakui, Kelantan mempunyai kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, namun ia bukan penghalang buat dia dan rakan-rakannya untuk mendapatkan jaringan dalam perlawanan tersebut.


RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131005/su_03/Johor-DT-jangan-cepat-rasa-selesa---Safee#ixzz2gnr9UFBc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment