Dalam majlis undian di Hanoi semalam, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Vietnam Viettel dan Indonesia Garuda Merah manakala Thailand bersama Indonesia Garuda Putih dan juga satu lagi wakil tuan rumah, Vietnam SLNA.
Tiada tekanan
“Jadi ia sudah tentu menjadikan pasukan tidak terlalu berada dalam tekanan besar,” kata jurulatih dari Wales berusia 25 tahun yang juga ketua jurulatih 1Malaysia Cardiff City itu.
Mengulas perlawanan pembukaan hari ini bertemu Vietnam Viettel di Stadium My Dinh, Barnett menjangkakan satu perlawanan sengit bakal berlaku apa lagi pihak lawan beraksi di laman sendiri.
“Sudah tentu akan menjadi sangat sengit dan kompetitif kerana mereka akan menerima sokongan padu daripada penonton tempatan.
Namun saya percaya dengan kemampuan pemain saya kerana sasaran kami adalah untuk bersaing selain cuba melangkah sejauh yang boleh.”
Pada edisi keempat tahun lalu di Kuala Lumpur, dua wakil pasukan negara, Malaysia Kuning dan Malaysia Biru masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga kejohanan.
INFO: Undian Piala ASEAN Yamaha
Kumpulan A
Vietnam Viettel
Malaysia
Indonesia Garuda Merah
Kumpulan B
Vietnam SLNA
Thailand
Indonesia Garuda Putih
No comments:
Post a Comment