Ad

Friday, 4 October 2013

PKNS harap 'keriuhan' penyokong Selangor

PKNS harap 'keriuhan' penyokong Selangor
Kuala Lumpur: Jika Pahang berasakan mereka tidak terlalu gentar untuk bertandang ke Stadium Shah Alam berdepan PKNS FC pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia, malam ini, ia adalah silap. 

Ini kerana skuad PKNS FC kendalian Abdul Rahman Ibrahim bakal mendapat bantuan sokongan daripada penyokong Selangor yang mahu memastikan wakil kelab negeri itu dapat meneruskan langkah ke separuh akhir. 

Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC), Nasir Yunus berkata, kumpulan gendang mereka tetap akan hadir memberikan sokongan, malam ini. 


Bantuan sokongan 

“Kami akan berada di Pintu 10 dan berharap penyokong Selangor yang lain turut sama hadir bagi membantu PKNS FC meneruskan cabaran pasukan dari Selangor selepas skuad Selangor gagal ke suku akhir,” kata Nasir ketika dihubungi, semalam. 

Sementara itu, pemain tengah PKNS FC, Fauzan Dzulkifli turut mengalu-alukan bantuan sokongan daripada penyokong Selangor untuk menggerunkan pasukan pelawat. 

“Pasukan ini pun salah satu pasukan dari Selangor. Jadi selain penyokong sendiri, kami turut mengharapkan penyokong Selangor sama-sama membantu kami hadir memberikan sokongan di stadium bagi menaikkan semangat pemain PKNS FC.

Rujukan: Berita harian online 4.10.13

No comments:

Post a Comment