Kuala Lumpur: Kehangatan pentas saingan Piala Malaysia kembali panas apabila dua aksi suku akhir kedua berlangsung, malam ini dengan PKNS FC menanti kunjungan Pahang di Stadium Shah Alam manakala Tentera menyambut kehadiran Lions XII di Stadium Selayang.
Peluang nyata masih terbuka buat keempat-empat pasukan merebut slot ke separuh akhir iaitu pemenang aksi PKNS FC dan Pahang bakal berdepan Sarawak atau Sime Darby manakala pemenang aksi Tentera dan Lions XII akan bertemu Kelantan atau Johor Darul Takzim (DT).
Bagi jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee, yang membawa skuad B-23 negara menjuarai Pestabola Merdeka bulan lalu, meramalkan Pahang dan Tentera bakal menjadi dua pasukan terawal mengisi slot ke separuh akhir
No comments:
Post a Comment