KUALA LUMPUR - Masih boleh menerima kekalahan tipis 1-0 di tangan LionsXII cuma pengendalinya, B. Sathianathan, mengakui sedikit rasa gusar kerana tiada kelebihan gol di tempat lawan yang dibawa menjelang perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Jumaat ini.
Menambahkan lagi geram jurulatih yang berusia 55 tahun itu, LionsXII membawa bekalan satu gol yang terhasil melalui situasi sepakan sudut dan berpendapat gol itu mampu dielakkan jika para pemainnya lebih berdisiplin mengekang pergerakan pemain lawan.
Bertambah memeritkan keadaan, Gladiators sama sekali tidak boleh membenarkan skuad kendalian V. Sundramoorthy itu menjaringkan sebarang gol, jika tidak, tugas yang amat berat bakal menanti iaitu perlu mendapatkan sekurang-kurangnya tiga jaringan untuk layak ekoran peraturan gol di tempat lawan.
''Berdasarkan keputusan, saya benar-benar berpuas hati kerana hanya kalah 0-1 walaupun pada pendapat saya gol itu mampu dielakkan jika para pemain lebih fokus pada situasi berkenaan.
''Memang sedikit berat kerana kami tidak membawa sebarang bekalan gol dari tempat lawan, jadi pada perlawanan kedua, perkara pertama yang saya kena ingatkan adalah mereka perlu berhati-hati ketika rancak menyerang.
''Jika mereka membenarkan Lions XII mendapatkan satu gol, maka kami terpaksa mencari tiga gol untuk layak yang saya sifatkan pasti sukar memandangkan lawan mempunyai barisan pertahanan yang cukup baik, " katanya ketika dihubungi, semalam.
Bagi Sathia, dia memang tahu senjata utama LionsXII untuk mendapakan gol adalah berpunca daripada situasi bola mati sama ada daripada sepakan percuma atau sepakan penjuru, jadi dia menuntut agar anak-anak buahnya lebih fokus pada perlawanan kedua.
RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131001/su_06/The-Gladiators-waspada-ancaman-LionsXII#ixzz2gTvzacsA
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment