Kata jurulatih skuad hoki remaja negara, Mohd. Dharma Raj Abdullah, kejohanan tersebut telah mendedahkan kelemahan utama anak-anak buahnya yang perlu segera diperbaiki sebelum berlepas ke India nanti.
Katanya, secara keseluruhan, Malaysia menunjukkan persembahan baik tetapi kekalahan 0-3 kepada India tuan rumah Piala Remaja Dunia 2013, India memberi peringatan buat mereka bahawa skuad muda negara itu belum sempurna.
"Pemain-pemain saya telah memberikan yang terbaik ketika menentang India tetapi jelas sekali, lawan memiliki pasukan yang lebih kuat. Tiada apa yang harus dimalukan daripada kekalahan ini kerana matlamat utama kita, mahu mengesan kelemahan dan kekuatan pasukan terlaksana.
"Jika dilihat, banyak perbezaan di antara kedua-dua pasukan termasuk dari segi taktikal dan kekuatan mental. Kita ada dua bulan lagi untuk perbaiki segala kelemahan," kata Dharma Raj.
Dari awal kejohanan, Malaysia beraksi cemerlang apabila mengalahkan Argentina (4-2), Korea Selatan (5-1), England (3-1) dan Pakistan (4-2), selain terikat 3-3 dengan India dalam perlawanan terakhir pusingan awal.
Begitupun dalam saingan final, kegagalan melakukan serangan balas yang pantas dan kekerapan melakukan kesilapan sendiri menghukum anak-anak buah Dharma Raj.
Kegagalan Malaysia untuk menyudahkan pukulan penalti sudut juga antara faktor yang perlu diambil perhatian serius oleh pasukan negara sebelum bertandang ke India.
RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131001/su_07/Piala-Sultan-Johor-2013-bantu-bina-kekuatan-Malaysia#ixzz2gTxL6sqX
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment