Ad

Wednesday, 25 December 2013

Asal nama Dato' Sagor

TAN Sri Ramli Ngah Talib dalam bukunya bertajuk Pasir Salak Sehamparan Sejarah Perjuangan menyebut, dari sudut sejarah, gelaran Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja atau Dato' Sagor pernah dianugerahkan kepada Tun Mahmud, Bendahara Perak pertama pada 1530, ketika baginda menjadi pentadbir di Selangor di masa pemerintahan Sultan Mahmud Melaka dan Kampar.

Ini bermakna katanya, gelaran itu adalah tradisi Melaka yang diteruskan di Perak.

Menurut Ramli lagi, dalam buku tulisan Wilkinson, Papers On Malay Subject 1920, nama Dato' Sagor berada pada susunan ketujuh dalam senarai Orang Besar Delapan Perak.

Bagaimanapun, dalam buku sama Wilkinson juga ada menyebut, terdapat senarai yang meletakkan Dato' Sagor di tempat lebih tinggi dalam senarai tersebut.

"Nama Dato Sagor dipercayai cetusan gaya sebutan pelat Perak terhadap gelaran Orang Kaya-Kaya Seri Agar Diraja. Untuk memudahkan sebutan Seri Agar Diraja itu maka disebut Dato' Sagor sahaja. Sebagai contoh pelat Perak menyebut air sebagai ayor dan agar sebagai agor. Mungkin di situ timbulnya nama Sagor gabungan seri dan agor," katanya.

RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20131221/lk_04/Asal-nama-Dato-Sagor#ixzz2oUlwO9Pf © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment