TERBIAR... Makam Dato' Sagor di
Matang, Perak yang terletak berhampiran kawasan pelupusan sampah dipenuhi
lalang sehingga sukar mengesannya.
FAKTA rasmi yang diketahui
ramai bahawa Dato' Sagor meninggal dunia setelah digantung British pada 20
Januari 1877 atas kesalahan bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch pada
2 November 1875.
Jenazahnya kemudian dikebumikan
di sebuah lokasi berhampiran sungai di Matang, Perak.
Namun terdapat satu lagi versi
cerita mengatakan pahlawan negara itu sebenarnya tidak mati di tali gantung.
Ketua Sidang Kampung Teluk,
Ramli Ngah Mat Ali yang juga cicit kepada Dato' Sagor memberitahu, kisah
tersebut diceritakan oleh saudaranya, Dato' Mohd. Abas Ahmad.
Mohd. Abas merupakan waris
keturunan Dato' Sagor dan antara individu yang dihormati di negeri Perak satu
ketika dahulu.
Menurut Ramli, ketika hendak
digantung, British menghadapi kesukaran melaksanakan hukuman itu kerana tali
gantung putus.
Diceritakan sebanyak tiga kali
tali gantung putus ketika hendak menggantung Dato' Sagor. Situasi itu berlaku
kerana kerja menjalankan hukuman gantung itu dilakukan oleh bukan Islam.
"Syarat untuk membolehkan
hukuman itu dijalankan adalah ia mesti dilakukan orang Islam. Lalu British
mencari orang Islam yang berani melakukan tugas itu. Ada seorang tampil namun
atas kerjasama dia helah berjaya dilakukan dan Dato' Sagor terselamat daripada
tali gantung.
"Pada ketika itu juga
pakatan telah dilakukan bersama pembesar dan hulubalang Melayu untuk
'menyeludup' keluar Dato' Sagor dari daerah Matang tanpa diketahui British,"
katanya.
Dato' Sagor dikatakan dibawa
lari ke Pekan, Pahang dan menetap di sana menggunakan identiti berbeza.
Ramli berkata, ketika hidupnya,
Mohd. Abas mendakwa dia pernah bertemu individu yang dikatakan Dato' Sagor itu
sebanyak tiga kali di Pekan, Pahang.
"Kali pertama untuk
mencungkil rahsia, menyoal siasat identiti, namun tidak berhasil. Selang
beberapa bulan, pertemuan diatur lagi dan dengan persediaan maklumat rapi oleh
Mohd. Abas dia berjaya memecah rahsia sehingga individu tersebut mengaku sebagai
Dato' Sagor.
"Kemudian Mohd. Abas
kembali dan berjanji datang sekali lagi untuk membawa keluar individu tersebut.
Malangnya belum sempat pertemuan ketiga diadakan, individu tersebut telah
meninggal dunia,'' ceritanya lagi
Menurut Ramli, kegagalan itu
ada kaitan dengan sumpah yang telah dibuat dan selalunya dilakukan oleh
pejuang-pejuang kemerdekaan negara.
"Apabila mereka melanggar
sumpah mendedahkan identiti, maka ajal pun menyambut mereka dan keadaan itu
berlaku kepada beberapa pahlawan lain. Dikatakan usia Dato' Sagor ketika
meninggal dunia adalah 105 tahun.
"Ini bukan sekadar cerita
tetapi usaha yang dilakukan oleh Dato' Abas dan beberapa rakannya. Malangnya
semua individu terbabit sudah meninggal dunia. Jadi sama ada mahu percaya atau
tidak, terpulang," katanya
RUJUKAN:
http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20131221/lk_05/Dato-Sagor-tak-mati-digantung#ixzz2oUn7OO7t
© Utusan Melayu (M) Bhd
Boleh saya tahu dimana tempat tinggal ramli ngah mat ali skrg ye? St sedang menjalankan kerja kursus berkaitan dato sagor.. Dan sy memerlukan serba sedikit cerkita mengenai dato sagor..sesiapa yg boleh mmbntu call sy 01124102290
ReplyDeleteSory sedikit typo td..
ReplyDeleteMenurut buku yang ditulis oleh Mustapha Hj Hussin Datok Sagor tidak terlibat dengan pembunuhan JWW Birch, beliau berjumpa Datok Maharaja Lela untuk menjemput datok Maharaja Lela hadir ke majlis perkahwinan anaknya. Rujuk buku Mustapha Hj Hussin
ReplyDelete