DI MARIA (kanan) dan Bale
bersaing bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama Real musim ini.
MADRID - Pemain sayap Real
Madrid, Angel Di Maria mengakui kehadiran bintang baharu, Gareth Bale telah
menyukarkan peluangnya beraksi dalam kesebelasan utama The Galacticos musim
ini.
Begitupun, Di Maria menepis
laporan media di Sepanyol bahawa dia akan meninggalkan Santiago Bernabeu pada
penghujung musim ini.
Awal September lalu, Bale
mencatat rekod baharu apabila melengkapkan perpindahan paling mahal di dunia
bernilai £86 juta (RM463 juta) dari Tottenham Hotspur.
Situasi itu sekali gus
menimbulkan spekulasi yang mengatakan Di Maria sudah bersedia untuk
meninggalkan kelab gergasi Sepanyol tersebut.
Di Maria berkata, dia sudah
menjangkakan perkara itu akan berlaku.
"Saya tahu pemain bernilai
£86 juta (RM463 juta) iaitu Bale telah hadir dalam pasukan ini.
"Dengan nilai sebegitu,
sudah tentu dia akan bermain dalam kesebelasan utama Real.
"Namun, saya tidak pernah
membuat permohonan untuk meninggalkan Real. Ini kerana Real sentiasa berada
dalam hati saya.
"Spekulasi itu tercetus
apabila ada wartawan yang melaporkan saya akan menyertai Tottenham Hotspur atau
kelab lain, sedangkan saya tidak tahu apa-apa," katanya.
Kelmarin, pengendali Real,
Carlo Ancelotti turut memberi bayangan betapa beliau gemar melihat persaingan
di posisi sayap melibatkan Di Maria dan Bale.
KOSMO ONLINE 25.12.13
No comments:
Post a Comment