Ad

Tuesday, 24 December 2013

Valencia akhiri 'Sumpahan No. 7'

 VALENCIA seakan-akan terkena 'sumpahan' apabila menyarung jersi No. 7 United.

MANCHESTER - Pemain sayap Manchester United, Antonio Valencia mengakui lega selepas terlepas daripada 'Sumpahan No. 7' yang cukup sinonim dengan skuad The Red Devils itu.

Musim lalu, prestasi Valencia tidak konsisten sebaik dia menyarung jersi No. 7 sehingga pemain Ecuador itu dikritik hebat kerana gagal membantu jentera serangan United.

Begitupun, Valencia kembali menyarung jersi No. 25 musim ini seperti mana ketika dia menyertai United pada 2009.

Biarpun Valencia dinobat sebagai Pemain Terbaik United pada 2012, dia masih gagal menyaingi kehebatan pemain-pemain yang pernah memakai No. 7 United seperti Cristiano Ronaldo, David Beckham, Eric Cantano, Bryan Rodson dan George Best.

Valencia menegaskan, tumpuannya tidak terjejas selepas gagal menepati jangkaan tinggi penyokong dan peminat fanatik United sejurus dia mengambil nombor keramat tersebut.

"Mungkin ia lebih kepada fakta yang mana No. 25 iaitu nombor pertama jersi yang saya pakai sebaik tiba di sini (Old Trafford).

"Saya beraksi baik sepanjang menyarung jersi tersebut.

"Ketika saya mengenakan jersi No. 7, saya terfikir mengapa saya tidak boleh kembali kepada nombor asal yang mana saya menikmati detik-detik manis ketika mengenakan jersi No. 25.

"Jadi, saya mengambil keputusan untuk menukarkan nombor jersi itu tetapi saya langsung tidak menghiraukan para pengkritik yang membandingkan saya dengan legenda-legenda United," katanya. - Agensi

KOSMO ONLINE 25.12.13

No comments:

Post a Comment