10 Disember 2013
Banjir Salmah terpaksa berdepan risiko barang
rosak akibat banjir kilat sejak empat tahun lalu.
KUALA LUMPUR - Keadaan
banjir di Johor dan Kelantan bertambah baik pagi ini, jumlah mangsa yang
ditempatkan di pusat-pusat pemindahan semakin berkurangan, namun keadaan di
Terengganu tidak berubah.
Jumlah mangsa banjir di
Terengganu kekal 14,609 orang daripada 3,195 keluarga dengan Kemaman
mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 13,336 daripada 2,852 keluarga, diikuti
Dungun sebanyak 1,251 orang (235 keluarga) dan Marang 28 orang (lapan
keluarga).
Menurut portal Majlis
Keselamatan Negara (MKN), sebanyak 41 pusat pemindahan iaitu 37 di Kemaman,
tiga di Dungun dan satu di Marang masih beroperasi sehingga 9 pagi ini.
Jabatan Pengairan dan
Saliran (JPS) melaporkan paras air di kebanyakan sungai utama di Terengganu
berada di bawah paras berjaga-jaga.
Jabatan Kerja Raya pula
melaporkan jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Batu 5 dekat Politeknik dan Bukit
Bauk Dungun dinaiki air dan ditutup kepada kenderaan ringan berikutan hujan
lebat sejak malam tadi.
Di PAHANG, jumlah mangsa
banjir berkurangan kepada 12,579 pagi ini berbanding 31,093 orang malam tadi.
Menurut Jurucakap Bilik
Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 9 pagi ini masih
terdapat 2,480 keluarga yang ditempatkan di 111 pusat pemindahan dari 96
petempatan di lapan daerah yang terjejas banjir.
"Kuantan masih
menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 6,454 orang di 21 pusat
pemindahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Di Pekan, masih terdapat
3,408 mangsa di 36 pusat pemindahan, Temerloh 1,233 orang, Maran (724), Jerantut
(433), Bera (267), Rompin (33) dan Lipis (27).
Hanya satu jalan utama
masih ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Km14 Jalan Temerloh-Triang.
Di JOHOR, sebanyak tujuh
pusat pemindahan banjir masih dibuka di Segamat pagi ini namun jumlah mangsa
yang dipindahkan berkurangan kepada 273 orang daripada 64 keluarga berbanding
303 orang daripada 72 keluarga malam tadi.
Pusat pemindahan itu ialah
Balai Raya Kampung Sanglang, Balai Raya Kampung Tandong, SK Kampung Spang Loi,
Balai Raya Gemereh IV (Batu Badak), Balai Raya Kampung Gemereh III, Balai Raya
Pogoh 2 dan Sekolah Agama Kampung Kuala Paya. - Bernama
RUJUKAN : SINAR HARIAN
ONLINE 10.12.2013
No comments:
Post a Comment