9 Disember 2013
Ong Kim Swee Ong Kim Swee
NAYPYITAW - Pengendali
Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee yakin dengan kemampuan gandingan pemain
baharu dan tujuh pemain skuad Sukan SEA 2011 untuk mempertahankan gelaran pada
Sukan SEA edisi ke-27 di sini.
Kejayaan merangkul
kejuaraan Pestabola Merdeka ke-41, September lepas adalah isyarat awal
membuktikan bahawa barisan Kim Swee bersedia merebut ‘ibu segala pingat’ pada
temasya itu walaupun Myanmar, selaku tuan rumah, turut menyasarkan pingat emas.
Kim Swee berkata sekiranya
semua pemain dapat memberi fokus terbaik pada perlawanan menentang Brunei pada
cabaran pertama peringkat kumpulan B
esok maka adalah tidak mustahil bagi Malaysia untuk mengulangi kejayaan yang
sama pada perlawanan berikutnya.
"Saya yakin dan
percaya kemenangan pertama adalah permulaan yang mampu memberi kesan positif
kepada pasukan bagi meneruskan kempen di temasya dwitahunan ini," katanya
kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata perlawanan
kedua, ketiga dan seterusnya akan menjadi lebih mudah sekiranya Malaysia mampu
mengutip tiga mata penuh pada perlawanan pembukaan esok.
Kim Swee berkata selagi
pemain mengikut perancangan awal seperi mana yang ditetapkan sebelum ini maka
pasukan itu tidak perlu risau dengan cabaran yang menanti.
"Saya sentiasa
ingatkan pemain agar sentiasa ikut arahan asal tidak kira pasukan mana yang
menanti mereka pada perlawanan
berikutnya," katanya.
Beliau berkata tidak salah
jika pemain rasa risau berhadapan dengan pasukan yang kuat seperti Vietnam.
"Tahap permainan kita
dan Vietnam tidak banyak beza di mana mereka turut menguna pemain yang sama
sejak tiga tahun lepas namun mereka mungkin mempunyai kelebihan dari segi
persefahaman antara pemain,” katanya.
Jurulatih kelahiran Melaka
itu berkata sekiranya Malaysia telah berjaya mara ke suku akhir pasukan yang
bakal memberi cabaran kepada negara ialah pasukan Thailand dan Myanmar kerana
mereka dipercayai mempunyai kekuatan tersendiri.
Kim Swee berkata beliau
masih mencari-cari strategi yang sesuai diguna pakai sepanjang kempen Sukan SEA
kerana perlu mengkaji banyak perkara
terlebih dahulu termasuk mencari rahsia kekuatan dan kelemahan pasukan lawan
terlebih dahulu.
"Saya perlu lihat
beberapa perlawanan terlebih dahulu sebelum dapat menghidu apakah bentuk
strategi lawan," katanya.
Malaysia diundi dalam
kumpulan B bersama Vietnam, Singapura, Brunei dan Laos.
Pada aksi pembuka tirai
kumpulan B semalam, Vietnam mengalahkan Brunie 7-0 manakala Singapura dan Laos
terikat seri 1-1. – Bernama.
RUJUKAN : SINAR HARIAN
ONLINE 10.12.2013
No comments:
Post a Comment