NAY PYI TAW - Segala-galanya
telah diberikan namun apabila perlawanan ditentukan melalui sepakan penalti,
nasib ternyata memihak kepada Indonesia.
Tegas ketua pasukan Harimau
Muda, Mohd. Irfan Fazail, mereka semua telah sedaya upaya bangkit pada babak
kedua selepas ketinggalan 0-1.
''Selepas kita mendapatkan gol
penyamaan pada penghujung separuh masa kedua, namun kita gagal mendapatkan gol
kemenangan.
''Apabila permainan ditentukan
melalui situasi sepakan penalti, nasib jelas tidak memihak kepada kita.
''Lawan juga ada kelebihan
tertentu untuk mendapatkan gol begitu juga melalui situasi bola mati tetapi
kita gagal guna kelebihan berkenaan," katanya ketika ditemui selepas
perlawanan.
Irfan yang dilihat tampil
dengan persembahan sedikit lemah mengakui dia tidak berpuas hati dengan aksinya
ketika berdepan Indonesia.
''Saya kena akur bahawa tahap
permainan saya tidak begitu baik dan apabila saya mendapatkan bola, pihak lawan
cepat menutup ruang.
''Mereka sudah mengkaji tahap
permainan saya dan rakan-rakan sepasukan yang lain serta tahu kekuatan dan
kelemahan kita," katanya.
Ditanya mengapa dia tidak
menjadi salah seorang pengambil sepakan penalti, dia memberitahu ia adalah
arahan jurulatih, Datuk Ong Kim Swee.
''Sebelum ini, saya ada
pengalaman pahit dalam penentuan sepakan penalti, itu yang membuatkan jurulatih
bertindak memberikan peluang kepada pemain-pemain lain.
''Kita sudah bersedia daripada
segi mental dan fizikal dalam situasi itu cuma nasib tidak bersama kita, mereka
lebih berjaya.
''Sudah tentu kami semua berasa
kecewa dengan keputusan ini namun kita perlu fokus untuk menghadapi satu lagi
perlawanan menentang Singapura bagi penentuan pingat gangsa, kami akan cuba
bawa pulang untuk skuad negara," katanya.
RUJUKAN:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131220/su_02/Bukan-rezeki-kami---Irfan#ixzz2ny49oVL5
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment