SYAIRI SHAARI
14 Disember 2013
MISI memburu gelaran
kejuaraan keempat Siri Super Akhir semakin hampir apabila Datuk Lee Chong Wei
melengkapkan aksi saingan Kumpulan A tanpa tewas meskipun telah melangkah ke
separuh akhir.
Dalam perlawanan terakhir
saingan kumpulan, Chong Wei menewaskan pemain Denmark, Jan O Jorgensen 23-21
dan 24-22 dalam tempoh 50 minit di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras,
semalam.
Dalam aksi tersebut, jaguh
nombor satu dunia itu lebih dominan mengatasi juara Terbuka Perancis itu
setelah Jorgensen cuba memberi saingan kepada Chong Wei dalam kedua-dua set.
Kali terakhir pertemuan
kedua-dua pemain tersebut adalah pada Terbuka Hong Kong dua minggu lalu dan
dimenangi oleh Chong Wei 21-8 dan 21-17.
Sementara itu, Chong Wei
berkata, beliau akan memberi fokus dalam perlawanan separuh akhir dan tidak
kisah akan bertemu dengan siapa dalam perlawanan tersebut.
“Sistem undian yang
dilakukan oleh BWF (Persekutuan Badminton Dunia) pada perlawanan separuh akhir
adalah bagus dan adil pada semua pemain.
“Jika sebelum ini pemain
akan cuba tentukan bertemu dengan siapa pada separuh akhir tetapi format yang
diperkenalkan oleh BWF kali ini sangat baik,” katanya.
Sementara itu, empat
pemain layak ke separuh akhir iaitu Jan O Jorgensen dari Denmark, Keninchi Tago
dari Jepun dan Tommy Sugiato dari Indonesia.
SINAR HARIAN ONLINE
14.12.13
No comments:
Post a Comment