13 Disember 2013
Annuar Musa Annuar Musa
Bagi mereka, jika benar
Annuar bertekad melepaskan semua jawatannya itu, ia merupakan satu kehilangan
besar kepada negara terutama kepada Kelantan yang beliau disifatkan sebagai
'Bapa Pembangunan' bola sepak Kelantan.
Timbalan Presiden Kelab
Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mahizi Mahmood
berkata, tindakan Annuar itu sesuatu yang sangat mengejutkan kelab berkenaan.
"Jika Tan Sri
(Annuar) sudah tekad untuk berundur, ini satu kehilangan besar bagi sukan bola
sepak tanah air terutama Kelantan sendiri. Kita harap pengundurannya tidak
menjejaskan pasukan TRW," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata tindakan
Annuar itu juga berkemungkinan akibat terlalu bosan dengan sikap Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) terhadap dirinya selama ini.
"Itu mungkin niat
jujur Tan Sri kerana tidak mahu isu ini berpanjangan," katanya.
Sehubungan itu, beliau
mahu pengurusan Kafa mencari pengganti yang setanding dengan kehebatan Annuar
yang telah menjadi Presiden Kafa sejak penghujung 2007.
Beberapa pemimpin Kafa
yang dihubungi bagaimanapun enggan memberikan komen mereka mengenai pengunduran
Annuar itu.
Seorang penyokong The Red
Warriors (TRW), Hazrul Hamidi, 42, meminta Annuar memikirkan semula hasratnya
itu demi mahu melihat pasukan Kelantan terus berada di kemuncak.
"Saya khuatir
pengundurannya akan menyebabkan kemerosotan semula TRW yang hilang semangat
kerana Tan Sri Annuar adalah kekuatan mereka," katanya.
Annuar dalam kenyataannya
berkata beliau akan turut melepaskan jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) bermula dari tempoh penggantungan beliau sejak 4 April
2012, selain menarik diri daripada mengganggotai Jawatankuasa Program
Pembangunan Bola Sepak Negara bagi memastikan FAM mempunyai wakil dalam
jawatankuasa berkenaan.
Beliau yang juga Anggota
Parlimen Ketereh berharap tindakan itu dapat menjernihkan semula hubungan
dingin antara Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dengan FAM berikutan
perlantikan beliau dalam jawatankuasa itu yang mendapat bantahan daripada FAM.
Sebelum ini, FAM
memutuskan bahawa pelantikan Annuar sebagai anggota jawatankuasa program itu
sebagai tidak sah kerana beliau masih dalam tempoh penggantungan sehingga 4
Oktober 2014.
Annuar digantung pada
April tahun lepas selama dua tahun setengah kerana mengeluarkan kenyataan
akhbar yang berunsur negatif terhadap skuad bola sepak kebangsaan, sekali gus
melanggar Artikel 88 Statut FAM yang memperuntukkan hanya Presiden dan
Setiausaha Agungnya sahaja boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan. -
Bernama
SINAR HARIAN ONLINE
14.12.13
No comments:
Post a Comment