JAMILAH HAMZAH
13 Disember 2013
Annuar Musa Annuar Musa
SHAH ALAM - Selepas
pelbagai kemelut melanda dirinya berhubung jawatan dalam sukan bola sepak,
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa hari
ini mengumumkan perletakkannya jawatannya daripada terus terlibat memimpin
sukan yang digemari ramai itu.
Beliau yang dipetik dalam
kenyataan media juga mengesahkan akan melepaskan jawatan Timbalan Presiden FAM dan Presiden
Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).
Menurutnya, keputusan itu
dilakukan bagi mengelakkan berlakunya keengganan FAM bekerjasama dengan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung konflik pelantikannya sebagai
anggota Jawatankuasa Pembangunan Program Bolasepak Negara (JKPPBSN).
"Mengambil kira semua
perkara di atas dan setelah memikirkan dengan mendalam demi kemajuan bola sepak
negara, saya merasakan tidak rela diri saya dijadikan alasan terutamanya oleh
FAM untuk tidak berfungsi atau menjalankan tanggunggjawabnya untuk memberikan
kerjasama kepada KBS.
"Saya juga tidak rela
melihat usaha kerajaan terutama menteri
yang sangat murni dan penting terutama untuk melaksanakan satu
‘blueprint’ yang saya percaya akan merubah ‘DNA’ dan ‘brand’ bola sepak
Malaysia terjejas, semata-mata kerana FAM tidak mahu menyertainya,"
katanya, hari ini.
Pada bulan lalu, konflik
berhubung perlantikan Annuar menganggotai JKPPBSN mendapat kritikan hebat
daripada pentadbiran FAM, bagaimanapun Menteri Belia dan Sukan, Khairy
Jamaluddin berkeras mempertahankan pelantikan Annuar.
Ini kerana menurut Artikel
22 Kod Disiplin AFC berkaitan individu yang menjalani penggantungan, seseorang
itu mungkin akan dilarang daripada terbabit dengan sebarang aktiviti berkaitan
bola sepak merangkumi pentadbiran, sukan dan lain-lain.
Dalam pada itu, Annuar
yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, akan turut menarik diri dalam
perlantikannya sebagai JKPPBSN.
"Semoga dengan
tindakan saya ini segala kemelut dan kekeruhan yang berlaku antara FAM dan KBS
khususnya menteri menjadi jernih, serta semua pihak akan erat berkerjasama demi
kemajuan bola sepak negara.
"Bagaimanapun saya
akan terus membantu bolasepak negara amnya dan bolasepak Kelantan khususnya
atas sifat saya sebagai wakil rakyat dan juga seorang peminat sukan ini,"
katanya lagi.
SINAR HARIAN ONLINE
14.12.13
No comments:
Post a Comment