13 Disember 2013
NAYPYITAW - Sehari selepas menampilkan aksi mengecewakan,
skuad kenu memberi sedikit keceriaan kepada kontinjen negara apabila
menyumbangkan satu pingat gangsa di Empangan Ngalike di sini, hari ini.
Turun beraksi dalam acara WK1 200 meter wanita, Siti
Rajiah Ali menamatkan perlumbaan tersebut untuk berkongsi gangsa bersama
peserta Myanmar, Hnin Wai Lwin.
Pingat emas acara tersebut milik atlet Indonesia, Erni
Sokoy manakala perak dimenangi Kanokpan Suansan dari Thailand.
Namun begitu, pencapaian peserta negara dalam tiga
kategori lain acara berkenaan amat menghampakan apabila menamatkan saingan di
tangga tercorot.
Sementara itu, Malaysia beraksi cemerlang dalam acara
bola keranjang apabila kedua-dua pasukan lelaki dan wanita mencatat kemenangan
hari ini.
Skuad lelaki menewaskan pasukan tuan rumah, 69-42
manakala pasukan wanita mencatat kemenangan besar 81-48 ke atas Indonesia. -
Bernama
RUJUKAN:SINAR HARIAN ONLINE 14.12.13
No comments:
Post a Comment