Ad

Friday 6 December 2013

Emas mampu digenggam

Emas mampu digenggam
Oleh SUFIAN HADI MOHD. SOJAK
sukan@utusan.com.my
Mohd. Nasihin Nublin Ibrahim berkata sesuatu kepada skuad hoki wanita ketika menjalani latihan menjelang Sukan SEA Myanmar di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini. - UTUSAN/Hafiz Johari
KUALA LUMPUR - Bukan berniat untuk memandang rendah pasukan lawan, tetapi skuad hoki negara tetap yakin mampu membawa pulang pingat emas sekali pun beraksi tanpa ramai tonggak utamanya pada Sukan SEA Myanmar minggu hadapan.

Jurulatih hoki kebangsaan, Tai Beng Hai percaya, anak-anak buahnya tidak mempunyai masalah untuk mempamer aksi terbaik, biarpun kehilangan ramai tonggak akibat kecederaan selepas pulang dari kejohanan di Korea Selatan bulan lalu.

"Kalau kita tengok daripada segi ranking dan pendedahan, kita memang tiada pilihan lain, kecuali membawa pulang emas.

"Pemain yang saya gabung kemudian iaitu sembilan orang semuanya merupakan atlet yang sentiasa berlatih bersama.

"Jadi, tiada masalah sebab mereka dah berlatih sama, keserasian telah dibina dan harap mereka boleh tonjolkan satu persembahan menarik," katanya.

Keyakinan untuk membawa pulang emas turut disuarakan skuad wanita.

Ketua pasukan negara, Nadia Abdul Rahman berkata, biarpun sedikit tertekan kerana diletak harapan tinggi, namun itu bukan penghalang mereka untuk pulang bersama emas.

Katanya, setelah dua temasya hoki tidak dipertandingkan (Laos 2009 dan Indonesia 2011), rakan-rakannya tampak lebih ghairah untuk beraksi.

"Pada Sukan SEA kali ini, kami akan tunjukkan di mana tahap hoki wanita berada. Bukan di tahap Asia Tenggara sahaja, tapi kita mahu lebih maju ke hadapan," katanya.




RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131207/su_06/Emas-mampu-digenggam#ixzz2mkMYXiiR © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment